Haider al-Abadi
Haider al-Abadi

Haider al-Abadi

Haider Jawad Kadhim Al-Abadi (atau al-'Ibadi; Bahasa Arab: حيدر جواد كاظم العبادي‎, dilahirkan pada 25 April 1952) merupakan seorang ahli politik dari Iraq yang dipilih sebagai Perdana Menteri Iraq sejak September 2014. Sebelum itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Komunikasi Iraq dari tahun 2003 hingga 2004 ketika pentadbiran peralihan selepas penggulingan kuasa Saddam Hussein.Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Iraq, Fuad Masum pada 11 Ogos 2014 menggantikan Nouri al-Maliki[1] dan diperkenan oleh Parlimen Iraq pada 8 September 2014.[2]